Frequently Asked Questions
A. Pembelian Motosikal (Buat Pinjaman)
Duit muka berapa ikut jenis motosikal dan promosi semasa. Daripada berapa Ringgit sampai berapa ribu ringgit pun ada, tapi bukan semua motosikal sama harga. Anda boleh menghubungi salesperson kami di cawangan yang terdekat dengan anda di sini untuk mendapat harga duit muka semasa.
Anda juga boleh memberitahu salesperson kami bajet duit muka anda dan kami akan rekomen jenis motosikal yang paling bersesuaian dengan permintaan anda.
Kedai kami menawarkan pelbagai jenis loan, dan antaranya:
i) Loan Kedai
ii) Loan Aeon
iii) Loan Parkson
iv) Loan Chailease Berjaya
v) Loan Swoon Lea Credit (Kilang SYM)
vi) Loan JCL
vii) Loan Singer/Berjaya Credit
Semua jenis loan meminta duit muka (down payment) yang berlainan dan syarat yang berbeza.
Anda boleh menghubungi salesperson kami di cawangan yang terdekat dengan anda di sini untuk mendapat info tambahan bagi loan yang kami tawar.
I.C. Malaysia dan slip gaji (2 bulan) sahaja yang diperlukan. (untuk mendapat pakej loan yang paling berbaloi) ** Setengah loan (bukan semua loan) akan minta juga: Lesen, Bill rumah, EPF statement, bank statement.
Syarat umum:
i) Umur mesti kena 18 tahun ke atas (berdasarkan Tarikh lahir)
ii) Umur TIDAK LEBIH 68 tahun (boleh dibincang kalau ada kerja lagi)
iii) Orang Awam Malaysia yang ada I.C.
Boleh. Anda boleh menghubungi salesperson kami di cawangan yang terdekat dengan anda di sini untuk mendapat maklumat terperinci untuk kes tak ada slip gaji.
Nama blacklist kami boleh cuba untuk membantu, tapi kami perlu tahu tahap blacklist anda dulu.
Anda boleh cuba sembang secara peribadi dengan salesperson kami di cawangan yang terdekat dengan anda di sini juga.
Anda boleh cuba sembang secara peribadi dengan salesperson kami di cawangan yang terdekat dengan anda di sini juga.
Proses permohonan loan cepat kalau:
i) Dokumen yang diterima lengkap. (rujuk soalan 3 atas)
ii) Nama owner tak ada blacklist
iii) Semua pihak (owner, rujukan, tempat kerja) cepat angkat call dan bekerjasama memberi pengesahan, proses akan jadi pending walaupun satu pihak sahaja yang tak angkat call.
Proses akan jadi lambat kalau salah satu syarat atas tidak dipenuhi.
Anda boleh menjumpai kedai kami di sini.
Anda boleh mengkunjungi mana-mana kedai yang terdekat dengan anda.
*** Bukan semua kedai menawarkan promosi yang sama.
Kedai kami menawar servis PERCUMA untuk semua pelanggan yang ingin mencuba minta loan. Anda hanya dikehendaki untuk memberi dokumen lengkap bagi permohonan loan. Duit muka (Down Payment) boleh dibayar SELEPAS loan Lulus.
*** Kami terima juga kalau anda nak bayar duit siap-siap masa booking
Kalau loan anda reject untuk semua jenis pakej yang kami membekal, anda boleh tukar nama orang lain.
***Dalam kes yang customer sudah bayar duit muka (Down payment) siap-siap, kami akan FULL REFUND dekat customer yang REJECT SEMUA LOAN.
Boleh. Anda boleh mencuba loan dengan kami, TAPI syarat:
i) Pemilik/Guarantor MESTI sampai kedai untuk sign agreement
ii) Pemilik/Guarantor MESTI Hadir masa kedai serah motosikal
Sekiranya anda gagal mencapai syarat kami, pihak syarikat tidak akan proceed dengan pendaftaran motosikal anda.
B. Motosikal Rosak.
Anda boleh hantar motosikal dekat kedai yang anda beli motosikal atau menghubungi salesperson kedai itu kalau motosikal itu memang sudah tak boleh jalan.
ATAU menghubungi cawangan kami yang terdekat dengan anda di sini.
Kami perlu memeriksa motosikal anda dulu sebelum memberitahu apa yang boleh dibuat.
C. Warranty Claim
Warranty motosikal selalunya 2 tahun dari Tarikh daftar JPJ DAN Mileage tidak melebihi 20,000km.
Warranty akan luput selepas motosikal melebihi 2 tahun daripada Tarikh daftar JPJ ATAU melebihi mileage 20,000km, mana satu yang sampai dahulu.
Maklumat terperinci warranty cover berbeza untuk semua jenama dan boleh didapati dalam buku warranty motosikal atau laman web rasmi jenama motosikal anda.
*** Setengah motosikal yang membuat pinjaman macam Loan Aeon Credit, pihak finance akan menambahkan tempoh lagi satu tahun & mileage 10,000km warranty cover anda.
Pertama sekali, anda dikehendaki hantar motosikal anda ke kedai dulu untuk membuat pemeriksaan. Kalau mekanik mendapati bahagian yang rosak ada dalam warranty, kami akan menolong untuk memohon claim.
Minta bawa sekali Geran anda kalau motosikal itu beli Cash, tak ada hutang. Kalau motosikal anda masih hutang, anda kena balik dekat kedai yang anda beli motosikal untuk meminta fotostat Geran dulu kalau anda bukan membeli di mana-mana cawangan kami.
Staff kedai kami akan membantu anda mengisi borang dan mengemukan claim anda kepada pihak kilang.
Anda juga boleh berurusan terus dengan cawangan kami yang mengkhusus dalam warranty claim ikut Jenama:
i) HONDA: https://goo.gl/maps/NsGne33cXrTAuqVm9
ii) YAMAHA: https://goo.gl/maps/5Hngyd7eTuqM6SGj9
iii) SYM, Benelli, SM SPORT, WMOTO: https://goo.gl/maps/T99mFCjd8e4ExcRh7
iv) MODENAS: https://g.page/kbshmsg2?share
D. Insurance Claim
Kalau insurans dan road tax anda masih hidup lagi, boleh claim insurans. Pertama sekali, anda kena buat Polis Report dan membeli report itu yang berharga RM2 atau RM4.
***PENTING: MESTI KENA ADA LESEN. Orang yang membuat report itu mesti ada lessen B2 yang masih hidup.
Selepas itu, anda kena balik dekat kedai motosikal dan membawa benda yang berikut:
i) Polis report yang ada resit RM2 atau RM4
ii) Motosikal yang rosak accident
iii) Kunci motosikal (Kes hilang/terbakar)
iv) Owner kena hadir untuk sign Borang
v) Fotostat IC dan lesen(kalau ada) Owner
vi) Orang yang bawa motor masa accident(kalau bukan owner) kena hadir untuk sign Borang
vii) Fotostat IC dan lesen (wajib) Orang(Pembawa motosikal) yang buat Polis Report
Kalau pembawa motosikal yang membuat polis report TIDAK ADA LESEN, insurans claim MESTI REJECT!!
Selalunya insurans claim akan mengambil masa dari 1 bulan sampai 3 bulan tidak tentu bergantung kepada proses claim yang dibuat oleh syarikat insurans. Setiap satu insurans claim ada caj sebanyak RM100 oleh syarikat insurans dan owner sendiri yang kena tanggung bayaran ini.
Apa-apa update, syarikat insurans akan kirim surat kepada owner atau agen insurans kami. Kalau owner menerima surat, anda dikehendaki bawa surat itu ke kedai kami supaya staff kami boleh membantu memproses claim anda. Kami akan memaklumkan kepada anda selepas menerima notis daripada syarikat insurans.
E. Pembayaran dan pertanyaan hutang.
Cara bayaran berbeza ikut loan yang anda ambil:
i) Loan Kedai:
Bayar dekat kedai yang anda membeli motosikal
ATAU
Bank in Akaun kedai
KB SOON HUAT MOTOR SDN BHD
MAYBANK
557250053930
Lepas Bank in, minta tolong whatsapp bank slip dekat nombor 010-9421241 dan ingat nyatakan NOMBOR PLAT anda. Customer servis kami akan tangkap gambar resit dan hantar balik dekat anda.
Pertanyaan baki loan, interest tunggakan, settlement dan lain-lain, sila hubungi 010-9421241.
ii) Loan Aeon:
AUTODEBIT AKAUN
atau
Klik sini untuk cara-cara bayaran lain: https://www.aeoncredit.com.my/how-to-pay/overview
Untuk pertanyaan baki loan, interest tunggakan, settlement dan lain-lain, sila hubungi 04-3209888/03-27199999.
iii) Loan Parkson:
Anda boleh mendapat cara bayaran loan Parkson dalam laman web rasmi Parkson: http://www.parksoncredit.com.my/payment-internet.php?l=bm
Untuk pertanyaan baki loan, interest tunggakan, settlement dan lain-lain, sila hubungi 019-209 3380
ATAU
klik sini untuk pertanyaan online dalam laman web rasmi Parkson: http://www.parksoncredit.com.my/customer_service.php?l=bm
iv) Loan Chailease Berjaya:
AUTODEBIT atau Cara bank in sendiri
ATAU
Anda boleh download app JomAuto dalam handset anda dan membayar melalui app itu:
Untuk pertanyaan baki loan, interest tunggakan, settlement dan lain-lain,
sila hubungi 04- 79412868.
v) Loan Swoon Lea Credit (Kilang SYM)
Bayar dekat office Swoon Lea Credit dekat: https://goo.gl/maps/1bNWpXMtbjmnG1g36
ATAU
Klik sini untuk cara-cara bayaran lain:
ATAU
Bayar dekat kedai yang anda membeli motosikal
Untuk pertanyaan baki loan, interest tunggakan, settlement dan lain-lain, sila whatsapp: 012-4095088 / 012-4238141 / 012-4051446
vi) Loan JCL
AUTODEBIT
atau
Klik sini untuk cara-cara bayaran lain: https://jcl.my/ms/m-our-services/pembayaran
Untuk pertanyaan baki loan, interest tunggakan, settlement dan lain-lain melalui whatsapp, sila klik: https://jcl.my/ms/m-about-us/m-contact-us ATAU anda boleh call 1800-222-525
vii) Loan Singer/Berjaya Credit
Bayar dekat mana-mana Cawangan Singer yang terdekat dengan anda.
ATAU
Bayar dekat kedai yang anda membeli motosikal
ATAU
Klik sini untuk cara-cara bayaran lain: http://www.singer.com.my/payment-mode
Untuk pertanyaan baki loan, interest tunggakan, settlement dan lain-lain, sila hubungi: 1300-888-288.
F. Renew Road Tax / Insurance?
Anda boleh munghubungi salesperson yang menjual motosikal dekat anda atau menghubungi cawangan kami yang terdekat dengan anda di sini
Boleh. Tapi, kalau motosikal anda accident, hilang atau terjadi apa-apa yang anda hendak claim insurans, anda tak boleh cari balik kedai kami sebab kami sudah tak ada rekod insurans anda.
*** Claim selalunya menjadi SUSAH kalau anda membeli insurans dengan agen atau kedai mana-mana yang bukan pakar dalam insurans motosikal.
Asalkan saman polis anda tidak blacklist, JPJ masih akan mengeluarkan road tax anda. Tapi, kalau anda ada saman JPJ, road tax tidak akan dikeluarkan. Anda kena settle saman JPJ(di JPJ atau online) dan saman polis(di balai atau online) yang blacklist dulu sebelum road tax boleh dikeluarkan.
*** Untuk kes yang sudah membayar duit insurans baru perasan ada saman menyebabkan road tax sangkut:
i) Anda dikehendaki untuk membayar saman kalau anda nak juga road tax.
ii) Kalau nak cancel insurans, MESTI memberitahu staff kami secepat mungkin supaya sempat cancel sebelum insurans block insurans itu.
iii) Kalau saman anda dibayar SELEPAS 7 hari insurans anda dibeli, road tax yang anda dapat akan tinggal 6 BULAN sahaja, disebabkan insurans sudah jalan lama. Selepas tamat tempoh 6 bulan, anda HANYA membayar lagi RM30 sampai RM40 tidak tentu untuk mendapatkan baki tempoh road tax yang 6 bulan itu.
***Kes biasa (tak sangkut saman): Road Tax akan dapat penuh 1 tahun.
Motosikal anda dikehendaki untuk MASUK PUSPAKOM. Syarat Lulus Puspakom: Motosikal mesti berfungsi elok dengan semua spare parts lengkap.
(Contoh: side mirror dua-dua ada, tayar berbunga, cover tidak pecah dan lain-lain)
Anda boleh hantar motosikal anda ke mana-mana cawangan kedai kami dan mekanik kami akan tolong periksa sama ada motosikal anda boleh lulus tidak. Kalau ada apa-apa yang kena beli atau repair, anda dikehendaki untuk membayar duit repair itu.
Kedai kami juga membekal SERVIS HANTAR Puspakom bagi pihak customer, kalau customer tak ada masa nak hantar motosikal ke JPJ untuk membuat puspakom.
Caj Puspakom kedai kami: RM100 Tetapi Tarikh puspakom ditetapkan oleh kedai sebab kena ikut trip lori. Anda boleh menghubungi cawangan kami yang terdekat dengan anda di: link to store locations/info. Untuk mendapat maklumat selanjutnya.
G. Lain-lain
Untuk loan yang sudah lulus tetapi customer nak cancel, kedai kami caj processing fee sebanyak RM20.
Kalau motosikal anda membeli cash, kami akan memberi Geran anda masa kami serah motosikal dekat anda.
Untuk motosikal yang beli hutang, geran akan disimpan dekat kedai HQ kami.
Pelanggan yang hutang Loan Singer: Geran disimpan oleh HQ Singer di Selangor.
Pelanggan yang hutang Loan Chailease: Geran disimpan oleh Office Chailease dekat Penang.
Pelanggan yang hutang JCL: Geran disimpan oleh Office JCL.
Geran hanya akan dikembalikan kepada anda selepas anda habis hutang
Loan Kedai:
Selepas habis hutang, ambil masa 4 hari bekerja untuk proses pembatalan hak milik. Anda akan mendapat geran dalam seminggu.
Loan Aeon, Parkson, Chailease:
Anda dikehendaki menghubungi kedai yang anda membeli motosikal untuk meminta geran anda. Geran anda selalu mengambil masa 3 hari untuk sampai ke kedai sebab HQ kena ambil masa untuk cari dan buat rekod dahulu.
Loan Swoon Lea credit:
Anda dikehendaki hubungi office Swoon Lea Credit: 012-4095088 / 012-4238141 / 012-4051446 untuk meminta geran anda setelah habis bayar hutang. Anda juga boleh meminta bantuan kedai motosikal yang anda selalu membayar bulan kalau anda tidak pernah menghubungi office Swoon Lea Credit.
Loan Singer/Berjaya Credit:
Anda dikehendaki untuk menghubungi mana-mana cawangan Singer yang terdekat dengan anda ATAU 1300-888-288 untuk meminta Geran setelah habis bayar hutang. Anda juga boleh meminta bantuan kedai motosikal yang anda selalu membayar bulan kalau anda tidak pernah menghubungi kedai Singer. Geran original selalu mengambil masa 7 hari bekerja untuk sampai dekat kedai sebab kena kirim daripada HQ Selangor.
Loan JCL:
Untuk permintaan Geran selepas loan anda habis dibayar,
ATAU anda boleh call 1800-222-525.
Boleh. Anda boleh menghubungi salesperson yang menjual motosikal dekat anda untuk meminta copy Geran. Kalau kedai ada simpanan copy Geran, anda boleh mendapat serta merta. Tapi kalau kedai tak ada simpanan, selalunya akan mengambil masa 3 hari bekerja untuk mendapat daripada HQ kedai.
*** Kedai berhak untuk caj pelanggan kalau pelanggan minta copy Geran melebihi 2 kali dalam masa satu bulan.
Free gift standard untuk motosikal 250cc ke bawah: Helmet, baju hujan, lock, kain lap, key chain, Raga, free service charge selamanya dan lain-lain yang ditawarkan oleh pihak kilang.
Free gift standard untuk motosikal 250cc ke atas: Helmet full face, jaket, gloves, free servis selamanya dan lain-lain yang ditawarkan oleh pihak kilang